Friday, August 7, 2015

SAMY VELLU

Samy Vellu hampir 31 tahun jadi menteri.. Malaysian Insider ada ceritanya di sini.. berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawak nya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna.. kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan.. saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya ...dibuat oleh hanya seorang.. iaitu Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"kita mahu meningkatkan sistem poslaju.. kalu bule hari ni pos, semalam sudah sampai"..

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya.. dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"..

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini".. Kemudian seorang pakcik bertanya.. "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?".. tapi Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai!!"..

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya.. you worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”..

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"..

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"..

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"..

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)..

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"..

10. Disaat Pas mengkafirkan UMNO.. "apa ini org Pas.. smua org kafir.. saya pun dia kata kafir!!..

11. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas wuntuk membuka kain"..
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

12. "Kita akan bina roket pigi matahari".. salah seorang wartawan berkata.. "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.. Samy menjawab.. "itu takde masalah.. kita hantar waktu malam"..

13. "kita rasa sangat bersyukur karena angkasawan kita setelah sapuluh hari meninggalkan dunia.. akhirnya selamat dikebumi"..

itu saja setakat ini.. anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.. bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe copy paste.. sesiapa yg mengalami stress hari ini sila baca.. harap stress anda akan turun!!.. no ministers similar as DSV now!!..

Monday, July 20, 2015

seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
 

Babi : Eish, boring betul o kan karabau..
 

Kerbau : Yabah.. boring betull.. apalah kita mau buat ni ah??
 

Babi : Ermm..bah.. macam mana kalau kita melukis.. saya lukis muka kau, kau lukis muka saya..
 

Kerbau : Bah.. boleh bah.. kau lukis dululah muka saya..
 

Babi : Ok. kau duduk diam2 ah..

5 minit kemudian……

Babi : nah.. siap sudah..
 

Kerbau : Wahh.. sama o dengan muka saya.. pandai kau lukis kan??

Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi tu pula..
 

5 minit kemudian…

Kerbau : Nah..siap sudah..
 

Babi : (Muka tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Apa bah kau lukis ni karabau!!
 

Kerbau : Lah.. betullah bah yang saya lukis tu..(Kerbau tak puas hati)
 

Babi : Silaka kau.. ini bukan saya ni.. Ini muka BABI!!!!
 

Kerbau: (Dalam ati) Kau arnab ke??

Sunday, July 12, 2015

Saudarakah kerbau?

Pada satu hari ketika seorang ibu dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung si ibu. Ketika memasuki simpang kampung si ibu membunyikan hon keretanya ketika berselisih dengan sebuah kereta dan itu menimbulkan persoalan kepada si anak lalu anak itu bertanya..

Anak: Ibu,kenapa ibu membunyikan Hon??

Ibu: Sebab yang lalu tadi itu saudara kita..

Anak: ohhhhhh....

Mereka menyambung perjalanan kembali dan tidak jauh dari simpang tersebut tiba-tiba seekor kerbau berdiri di tengah-tengah jalan raya lalu Ibu tersebut membunyikan hon berkali-kali supaya kerbau itu tidak menghalang jalan...lalu anak itu berkata...

Anak: Mesti ini saudara yang paling rapat dengan ibu kan sebab ibu membunyikan hon berkali-kali...

Wednesday, July 8, 2015

Salesman

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar 

kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

Friday, July 3, 2015

Keputusan SPM

"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

Tuesday, June 30, 2015

3 kanak-kanak

ada 3 kanak-kanak ingin menceritakan kekuatan bapa masing-masing...







 

budak1: bapa saya kuat, dia boleh angkat sebuah motor.

budak lain : wah!!! kuat2... apa kerja papa ko?

budak1: mekanik motor

budak 2: bapa saya lagi kuat bah... dia bulih tangkap seekor kerbau besar...

budak lain: wah kuatnya... apa kerja bapa ko?

budak2: tukang sembelih kerbau

budak3: bapa sia lagi kuat

budak lain: apa dia boleh buat?

Budak3: dia boleh kasi berhenti lori yang sedang bergerak laju...

budak lain: wah!!! memang kuat memang Kuat!! apa kerja bapa ko??

Budak3: dia kerja POLIS TRAFIK..

Sunday, June 28, 2015

Surau atau masjid di Kedah

Berhati-hati jika berkunjung ke surau atau masjid di Kedah, kerana seorang lelaki dari KL telah singgah di satu surau di Kedah. Kebetulan ketika telah singgah di satu surau di Kedah. Kebetulan ketika itu telah masuk waktu dan yg ada di situ hanyalah dia dan Tok Imam. Maka Tok Imam telah berkata pada lelaki itu "Hang bang sat". Lelaki itu terus melompat dan memaki Tok Imam kerana fikir dia dipanggil "bangsat" oleh Tok Imam. Terjadi kekecohan sehingga datang seorang lain yg memberitahu lelaki itu, sebenarnya Tok Imam tu maksudkan "Tolong azan sekejap". Lelaki tersebut tersipu malu dan berkata "Tok Imam bang la". Kali ini giliran Tok Imam pulak mengamok kerana fikir dia di gelar "bangla".
😂