Diceritakan
didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada
pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu
seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
Babi : Eish, boring betul o kan karabau..
Kerbau : Yabah.. boring betull.. apalah kita mau buat ni ah??
Babi : Ermm..bah.. macam mana kalau kita melukis.. saya lukis muka kau, kau lukis muka saya..
Kerbau : Bah.. boleh bah.. kau lukis dululah muka saya..
Babi : Ok. kau duduk diam2 ah..
5 minit kemudian……
Babi : nah.. siap sudah..
Kerbau : Wahh.. sama o dengan muka saya.. pandai kau lukis kan??
Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi tu pula..
5 minit kemudian…
Kerbau : Nah..siap sudah..
Babi : (Muka tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Apa bah kau lukis ni karabau!!
Kerbau : Lah.. betullah bah yang saya lukis tu..(Kerbau tak puas hati)
Babi : Silaka kau.. ini bukan saya ni.. Ini muka BABI!!!!
Kerbau: (Dalam ati) Kau arnab ke??
Monday, July 20, 2015
Sunday, July 12, 2015
Saudarakah kerbau?
Pada satu hari ketika seorang ibu dan anaknya dalam perjalanan balik ke
kampung si ibu. Ketika memasuki simpang kampung si ibu membunyikan hon
keretanya ketika berselisih dengan sebuah kereta dan itu menimbulkan
persoalan kepada si anak lalu anak itu bertanya..
Anak: Ibu,kenapa ibu membunyikan Hon??
Ibu: Sebab yang lalu tadi itu saudara kita..
Anak: ohhhhhh....
Mereka
menyambung perjalanan kembali dan tidak jauh dari simpang tersebut
tiba-tiba seekor kerbau berdiri di tengah-tengah jalan raya lalu Ibu
tersebut membunyikan hon berkali-kali supaya kerbau itu tidak menghalang
jalan...lalu anak itu berkata...
Anak: Mesti ini saudara yang paling rapat dengan ibu kan sebab ibu membunyikan hon berkali-kali...
Wednesday, July 8, 2015
Salesman
Seorang
salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang
pelajar
kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.
“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”
“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.
“Minyak wangi?”
“Minyak Wangi Baba.”
“Shampoo?”
“Shampoo Baba.”
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

Friday, July 3, 2015
Keputusan SPM
"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.
"Berita baik apa?" tanya ayahnya.
"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.
"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

Subscribe to:
Posts (Atom)