Friday, May 29, 2015

Laporan Polis


Satu hari si Abu pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis...


Abu: "Selamat pagi tuan.."


Polis: "Selamat Pagi"
 

Abu: "Saya nak buat report tuan..kawan saya dibaham harimau.."


Polis: "Pukul berapa?"


Abu: Tak kena pukul tuan, kena terkam jer.."


Polis: "Habis??????"


Abu:"Tak lah habis sangat...masih tinggal kepala"


Polis:...

Wednesday, May 27, 2015

Kalau langgar.....

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Sunday, May 24, 2015

Banduan Yang bijak

seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.


Rupanya surat itu discan pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu pelatun tentera dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu pelatun tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh pihak tentera, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih atas usaha keras mereka."

Pihak rumah tahanan yang membuat scanning......

Friday, May 22, 2015

makan nasi bungkus

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. 

 
Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" 


Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. 


Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. 


Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
 

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... 


Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. 


Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. 


Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. 


Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. 


kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Tuesday, May 19, 2015

PAKAI KASUT

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT...

Monday, May 18, 2015

Riwayat Dracula

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

Sunday, May 17, 2015

PAK PANDIR DAN WAJA

Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak
Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana
bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana
dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada
kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya
kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab
Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke
arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu
pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-
nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,
Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa
sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah
elok, asyik berkelip-kelip je!"

Saturday, May 16, 2015

Reban Ayam

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.


Kata Pemilik : "Kurang ajar. ini ayam HOMOSEKS ni. Asal setiap kali aku beli ayam jantan baru, suka sangat kejar ayam jalak tua aku"

Wednesday, May 13, 2015

Kebun Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Abu pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Abu, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Abu : "Jangan cakap macam tu, nek..." (Tapi dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Abu : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Abu tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Abu : "?????

Tuesday, May 12, 2015

Pemain simpanan

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. 

Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. 

"Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.
 

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. 

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Monday, May 11, 2015

Soalan di Kapal Terbang

Seorang pemuda yang sangat pemalu akan pergi ke luar negara menggunakan kapal terbang terbang. Di dalam kapal terbang, dia mendapati kerusinya terletak betul di antara dua perempuan muda. Ia pun duduk dengan resah berfikir topik perbualan selama perjalanan agar suasana di antara mereka boleh selesa. 


Pemuda itu kemudian teringat nasihat datuknya, "Jika engkau menjumpai seorang perempuan yang tidak engkau kenal, tanyakan saja apakah dia sudah berkahwin. Kemudian, tanyakan juga apakah dia memiliki anak. Dia pasti akan dengan senang hati memberitahu kepadamu dan suasana akan menjadi selesa. "Maka, pemuda itu memberanikan diri bertanya kepada perempuan di sebelah kanannya, "Apakah anda memiliki anak?"

Perempuan itu tersenyum dan menjawab dengan bersemangat, "Ya, saya memiliki seorang anak perempuan yang cantik, namanya Lily."

Pemuda itu meneruskan dengan soalan seterusnya, "Apakah anda sudah berkahwin?"

Mendengar soalan itu, perempuan itu merasa tersinggung kerana dianggap memiliki anak di luar perkahwinan. Maka, perempuan itu mengabaikan si pemuda dan suasana menjadi tidak selesa.

"Wah, susunan soalan aku terbalik, pantas saja dia marah. Sepatutnya, aku bertanya status dalam perkahwinannya dahulu," fikir si pemuda. Kemudian, dia cuba lagi dengan perempuan di sebelah kirinya.

"Apakah anda sudah berkahwin?" tanya pemuda itu.

Perempuan di sebelah kirinya menjawab sambil tersenyum, "Hmmmm, belum. Kenapa?"

"Apakah anda memiliki anak?"

Selepas itu, pemuda itu merasa hairan kerana dia balik diabaikan oleh perempuan kedua


Saturday, May 9, 2015

Al kisah cerita tentang Tabung Haji

Alkisah tersebutlah kisahnya...

Seorang ibu anaknya 7 sedang bersiap siaga sambut hari raya.... Susah payah mereka menolong ibu yang keseorangan... seorang ibu dan 7 anak...

Sedang mereka bersiap siap mahu sambut raya... ibunya bertanya...

Tabung gajah!??? siappppp....!
Tabung ayam!??? siapppp....!
Tabung beruang!??? siapppp...!
Tabung buluh!??? siapp...!
Tabung masjid!??? siappp...!

Tabung last sekali cukup femess..

Tabung Haji....!??? senyaaapppp...
Tabung haji...!??? saling berpaling antara satu sama lain...
Tabung haji...!??? errrr tabung haji belum siap lagi mak jawab 3 anaknya hampir serentak...

Apesal takder untuk tabung haji? Tanya mak derang...

Jap lagi kitorang gi jenguk dekat tabung haji cerita selanjutnya dah boleh menabung atau lupus terus tabungannya...

abang...! abang nak ke mana tu? dalam sungai tu ada lembaga...

adik tak boleh ikut... ada duk rumah jaga mak...

adik nak ikut laaa...!

abang! jaga jaga dalam sungai tu ada lembaga... lembaga educated daaa...

sketsa nukilan : tukang masak dari planet neptune

Friday, May 8, 2015

Helpline computer assistance

Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

Thursday, May 7, 2015

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM

Seorang mahasiswa sedang berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

Suami dan Isteri

seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.

"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya."

Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.

Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "aku nampak la kaki kau, sengal. aku keluar sekejap, beli roti. "

Wednesday, May 6, 2015

Siasatan Kemalangan Jalan Raya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik..
Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun


Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta..

dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, May 5, 2015

Kisah Telinga Penemuduga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. 

Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. 


Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. 

Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. 

Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. 


Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

Monday, May 4, 2015

Doktor Dan Pesakit

Seorang pesakit berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Doktor: Saya sebenanya ada dua berita untuk awak..


Pesakit: Berita baik ke berita buruk, doktor?

Doktor : Dua-dua..awak rasa nak dengar berita baik ke atau berita buruk dulu?

Pesakit: Apa berita baik dia doktor?

Doktor : Berita baik dia... hayat awak tinggal 24 je lagi..

Si pesakit mengangguk...pasrah

Pesakit : Berita buruk dia?

Doktor : Berita buruk dia..... saya terlupa bagitahu awak kelmarin.....

Saturday, May 2, 2015

Orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Kelas Agama

1 hari kat kelas agama, 
aminah tido je cam biasa. 

Ustazah
tanya soalan “Siapakah org yg patut kita hormati n
sygi?. 
Xde sape jwb.. 

Ada seorang pelajar lelaki kat
belakang Aminah. Dia pun cocok punggung
Aminah dgn jarum,

Aminah pun menjerit “MAK!!”

Ustazah pun puji Aminah sbb bg jwpn yang betol.

Aminah sambung tido. 
Ustzh tanya lg soalan.. “Siapakah
pcipta alam n segalanya?” 

Budak tu cocok lg dgn
jarum, 
Aminah pun mjerit “YA ALLAH!!” Sekali lg
ustazah puji dia sbb bg jwpan yg betul.. 

Aminah sambung tido .. Pastu ustazah pun tanya lagi
soalan. “Apa yg patut sorg isteri ucapkn pd suami
stiap kali sblum tido?” 

Budak tu cocok lg. 
Tapi kali ni
Aminah bengang n dia kata, “Kau cocok bontot aku
pakai benda tu lagi siap ko!!” 

Ustazah pun pengsan. :

Friday, May 1, 2015

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

 
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?" www.familiazam.com
Gembala : "Oh, boleh saja" 
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih" www.familiazam.com
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." www.familiazam.com
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." 
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama." www.familiazam.com
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Rantai Emas...Siapa Kata Lelaki Pelupa

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!

Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."

Nenek dan cucu

Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..? 
Nenek: Main Game... Tak, cari daun palas ni haa.. 

Cucu: utk apa daun palas nek..? 

Nenek: utk buat ketupat.. 
 
Cucu: ketupat utk apa nek..? 

Nenek: utk makan nanti 

Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..? 
 
Nenek: cari daun palas.. 
 
Cucu: utk apa ah..?? 
 
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan.. 
 
Cucu: ketupat tu utk apa nek..? 
 
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak.. 
 
Cucu: ohh gitu.. 
 
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek.. 

Cucu: kenapa..? 
 
Nenek : sbb nenek sibuk... 
 
Cucu: sibuk buat apa..?? 
 
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi.. 
 
Cucu: daun palas utk..?? 
 
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!! 
 
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
 
Nenek: dgn kau la..!! 
 
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon. 

Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja... 

Cucu: buat keja apa..?? 
 
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!! 
 
Cucu : utk ape..??
 
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!! 
 
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..? 

Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!! 
 
Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..? 

Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!! 
 
Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..?? 

Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!! 
 
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..? 

Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!! 
 
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..?? 
 
Nenek : tidak..! aku ada kerja..!! 
 
Cucu : kerja apa..? 
 
Nenek : cari daun palas 

Cucu : utk ape daun palas ah..?? 

Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!!

Cerita tentang Segalanya Gajah

Guru: Murid-murid...binatang apa yg bermula dari huruf 'G'?

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab...Gajah cikgu...lalu dia dipuji oleh cikgu. 

Guru: soalan seterusnya.. binatang apa yang bermula dengan huruf 'D'?

Semua murid diam......
lalu murid tadi berdiri dan menjawab..." Dua gajah cikgu"....murid-murid lain mula ketawa...cikgu mulai marah..

Guru: Awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya...binatang apa yg bermula dengan huruf 'M'?

Semua murid diam.......
lalu budak tadi jawab lagi...."Mungkin gajah".....

Guru: awak keluar dan berdiri di pintu......

Soalan terakhir...binatang apa yg bermula dengan huruf 'J' ?

Semua murid-murid diam...guru menunggu murid menjawab tapi semua hanya diam....

Lalu murid tadi menjawab......" Jangan jangan gajah"....

Sumbangan: AD