Tuesday, June 30, 2015

3 kanak-kanak

ada 3 kanak-kanak ingin menceritakan kekuatan bapa masing-masing...







 

budak1: bapa saya kuat, dia boleh angkat sebuah motor.

budak lain : wah!!! kuat2... apa kerja papa ko?

budak1: mekanik motor

budak 2: bapa saya lagi kuat bah... dia bulih tangkap seekor kerbau besar...

budak lain: wah kuatnya... apa kerja bapa ko?

budak2: tukang sembelih kerbau

budak3: bapa sia lagi kuat

budak lain: apa dia boleh buat?

Budak3: dia boleh kasi berhenti lori yang sedang bergerak laju...

budak lain: wah!!! memang kuat memang Kuat!! apa kerja bapa ko??

Budak3: dia kerja POLIS TRAFIK..

Sunday, June 28, 2015

Surau atau masjid di Kedah

Berhati-hati jika berkunjung ke surau atau masjid di Kedah, kerana seorang lelaki dari KL telah singgah di satu surau di Kedah. Kebetulan ketika telah singgah di satu surau di Kedah. Kebetulan ketika itu telah masuk waktu dan yg ada di situ hanyalah dia dan Tok Imam. Maka Tok Imam telah berkata pada lelaki itu "Hang bang sat". Lelaki itu terus melompat dan memaki Tok Imam kerana fikir dia dipanggil "bangsat" oleh Tok Imam. Terjadi kekecohan sehingga datang seorang lain yg memberitahu lelaki itu, sebenarnya Tok Imam tu maksudkan "Tolong azan sekejap". Lelaki tersebut tersipu malu dan berkata "Tok Imam bang la". Kali ini giliran Tok Imam pulak mengamok kerana fikir dia di gelar "bangla".
😂

Menyesal Bertanya

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...



Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?



"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah



"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..



"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?



"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung



"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya



"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...



"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"



Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya

Monday, June 22, 2015

Sedang nazak


Abu Menghidap Penyakit Barah otak dan sedang nazak
Ketika Abu menghadapi saat-saat kematiannya, dia pun memanggil isterinya


Abu: Sayang, saya betul2 minta maaf. sebab dulu saya pernah meniduri wanita lain..


Isteri Si Abu dengan sedih dan penuh kasi sayang memaafkan segala perbuatan si abu itu maka dia bertanya kepada suaminya..


Isteri Abu: Sayang, berapa orang perempuan yg kau tidur dulu?


Abu: Ermm..kau tengok saja di laci di meja tuh.. setiap wanita yg saya tiduri, saya akan letak 1biji telur..


Si isteri pun pergi tengok ..ternyata hanya 2 biji telur dan wang rm150 dalam laci tu.. dia tersenyum kerana dia tau hanya 2 wanita saja yg dia tiduri..


Bini: Tak apa sayang.. tp wang rm150 tu dari mana?


Abu:Oh, itu duit hasil jualan telur-telur yg terdahulu..
dan si isteri terus pengsan serta merta

Friday, June 19, 2015

Kanggaroo


Seekor kanggaroo boleh keluar dari kandang setiap hari..jadi, penjaganya pun cari idea macam mana mau elak tu kanggaroo keluar dari kandang dia.. 

 

Oleh sebab dia tau kanggaroo tu boleh lompat tinggi, maka dia pun pasang pagar 10 kaki.. esoknya, keadaan masih sama. kanggaroo itu masih keluar.. jadi dia tambah lagi 20 kaki, tapi esoknya,sama jg.. 

Kanggaroo itu masih lg keluar..

 

Ketika pagar itu ditambah 40 kaki lagi, unta yang ada di sebelah kanggaroo itu pun bertanya kepada kanggaroo itu..
 

Unta: Kanggaroo,Kau rasa, kau buli lumpat lagikah pagar tu? Kau rasa berapa tinggi lagi dorang mau buat pagar??
 

Kanggaroo: Saya rasa, dorang buat 1000 kaki pun tidak apa, kecuali ada orang yang kunci pintu pagar tu pada waktu malam..


Unta: 0o0o0o0o... (telengong punya manusia)

Tuesday, June 16, 2015

Bapak Yang Baik Tapi Hampeh...

Pada suatu hari ada seorang bapak
yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang
memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan
rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...

Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?

Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...

Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!

Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...

Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!

Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...

Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?

Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...

Saturday, June 13, 2015

Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua Ajis pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampung Ajis bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancing hubby dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak Ajis tak sempat solat Zohor tadi & Ajis terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas hubby berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu roma Ajis tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis , setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk Ajis ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, Ajis nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu roma hubby semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup muka Ajis dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya Ajis terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila Ajis toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan Ajis sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala Ajis rasa berat semacam.

Friday, June 12, 2015

Koboi

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.


Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bah Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.

Tuesday, June 9, 2015

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Sunday, June 7, 2015

Pil Viagra

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durjana seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat serta-merta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!

Thursday, June 4, 2015

Letaknya London?


Pada suatu hari Anak si Abu menangis2 ketika balik dr sekolah..


Abu:"Napa kamu menangis?"


Anak:"Cikgu marah saya,pa.Dia cakap saya bodoh..dia tanya soalan,saya tak dapat jawab.."


Abu:"Apa juga cikgu tu tanya?"


Anak:"Dia tanya,DIMANA LETAKNYA LONDON?Saya tak dapat jawab.."


Abu:"Nah..kan bapa dah cakap, lain kali kalau mau LETAK barang, jangan lupa dimana tempatnya.."

Monday, June 1, 2015

Perpustakaan


Dalam satu malam yang sunyi, telefon rumah seorang pustakawan berdering:


Pemanggil: Pukul berapa Perpustakaan buka?


Pustakawan: Jam 9 pagi encik..napa?


Pemanggil: Tak boleh awal sikit ke? Urgent ni!


Pustakawan: TIDAK BOLEH!! Kan saya dah cakap jam 9AM!! Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu 9am baru masuk? (dengan ...nada tinggi)


Pemanggil: Siapa kata saya mau masuk! SAYA MAU KELUAR DARI SINI SKRG!!


Pustakawan: (aha terkunci ka plak...